• LIMPA DAN HATI BEREMPAH

    Alhamdulillah n3 kali ni sempat lg nak postkan masakan yg telah dicuba baru2 ni...
    Di bawah ni disertakan resepi Limpa dan hati berempah utk rakan-rakan mencuba nyer.

    Limpa dan hati berempah
    Resepi Limpa dan hati berempah
    Bahan-bahannya:
    1/2 kg limpa + 1/2 kg hati lembu - direbus dan dipotong ikut suka 
    2 sudu makan rempah kari daging
    4 sudu makan kicap lemak manis 
    1 sudu teh serbuk jintan manis
    1 sudu teh serbuk ketumbar
    ½ cawan air 
    Garam secukup rasa
    sedikit jus asam jawa 
    Minyak untuk menumis

    Bahan untuk dikisar:
    20 tangkai lada kering, dibersihkan dan rebus 
    1 labu bawang besar
    4 ulas bawang merah
    3 ulas bawang putih
    1 inci halia

    Cara Penyediaan:
    1. Panaskan minyak didalam kuali. Satukan bahan yang dikisar + rempah kari daging  + jintan manis + ketumbar dan tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
    2. Masukkan kicap. Masukkan juga garam dan jus asam dan juga air.
    3. Masukkan limpa dan masak selama 10 minit. Gaul sebati selama 5 minit. Padamkan api dah siap pun dimasak....dan hidangkan..




    sungguh menyelerakan...sesuai dihidangkan dengan nasi panas...
    Dah cuba .....wow mmg sedap.....

3 comments:

  1. nik sulaiman said...
    This comment has been removed by a blog administrator.
  2. Anonymous said...
    This comment has been removed by a blog administrator.
  3. Anonymous said...
    This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment

First Come First Serve

get this widget here

My Followers

Visitors