Alhamdulillah pagi ni sempat sediakan breakfast untuk anak2 yg nak bawa bekal ke sekolah..Lagi pun hari ni kira last nak breakfast before sambut Ramadhan besok.. inshaAllah.
Resepi seperti di bawah...malas nak citer panjang2...jap lagi nak masuk ofis pulak...
Vegeroni Spirals Pasta With Black Pepper Recipe
Bahan-bahan
1 packet vegeroni spiral pasta 375gm
1 sudu besar butter/olive oil - dimasukkan semasa merebus spiral pasta
1 packet daging kisar/1 packet daging burger Ramly
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang carrot dipotong ikut suka
1 kuntum brocolli dipotong
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk lada hitam (beli yg dah ready dlm botol)
1 kiub ayam knorr - optional
Garam secukup rasa
Daun bawang dan chili merah as hiasan.
CARA MEMASAK :
1. Rebus pasta spiral dan campurkan 1 sudu besar olive or butter dan biarkan sampai lembut....and toskan.
2. Bawang putih and bawang merah dimayang halus or kalau rajin tumbuk/blend....ikut suka anda yer....
3. Panaskan sedikit minyak/olive oil dan tumis bawang yg dimayang tadi dan biarkan sekejap sehingga naik bau.
4. Masukkan daging kisar + lada hitam + sos tiram dan kiub ayam/daging and dan kacau hingga sebati and biar seketika hingga daging empuk.
5. Masukkan carrot dan brocolli and biar seketika
6. Last masukkan semua pasta tadi dan balik2 kan supaya pasta disaluti ngan bahan2 tadi. Dah masak tutup api.
7. Angkat dan hidangkan. Taburkan dengan daun bawang and cili merah sebagai hiasan. Sungguh sedap dan sungguh menarik untuk dimakan sbb hiasan pun warna-warni..and budak2 pun suka...cuba jangan tak cuba..
Spirals yg telah direbus... |
Spirals Vegeroni yg dah ready to eat..jom breakfast |
0 comments: