• KERABU MANGGA IKAN BILIS


    Kerabu Mangga Ikan Bilis
    RESEPI KERABU MANGGA IKAN BILIS


    Bahan 

    2 biji mangga muda [dibuang kulit dan diparut isinya] 
    Mangga muda dibuang kulit dan diparut kecik2..
    1 biji lobak merah [diparut]
    1 cawan kacang tanah (digoreng tanpa minyak, buang kulit dan ditumbuk kasar)
    3 batang serai [dihiris nipis] 
    1 labu bawang besar [dimayang]
    4 ulas bawang merah (dimayang halus) 
    2 tangkai cili merah (dihiris nipis2)
    5 biji chili padi (dihiris nipis2)
    1 cawan ikan bilis (digoreng garing dan ditumbuk kasar)
    1 cawan minyak masak utk menggoreng bilis
    2 sudu besar jus limau nipis 
    1 sudu kecil gula 
    garam secukup rasa
    Daun salad as hiasan

    Cara penyediaan
    1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan gorengkan ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan dan tumbuk kasar2..jgn terlalu halus.
    2. Masukkan semua bahan yang dihiris atau dimayang ke dalam mangkuk besar. 
    3. Bancuhkan jus limau dengan gula dan garam. 
    4. Tuangkan ke dalam mangkuk dan kacau rata. 

    5. Taburkan ikan bilis goreng yg ditumbuk dan kacang dan gaul rata.

    dah siap kerabu manggaku....

1 comments:

  1. Anonymous said...

    Mana nak cari pemarut mangga tu ye?

Post a Comment

First Come First Serve

get this widget here

My Followers

Visitors