• TEA TIME - CHOCOLATE CHUNK YANG RANGUP

    Baru sempat update n3 utk tea time yg lalu serta edisi biskut rayaku year 2013 ...Penyediaan chocolate chunk yang rangup memang kesukaan anak2ku...
    chocolate chunk yg dah siap dibakar dan ready utk dimakan...
    RECIPE : CHOCOLATE CHUNK COOKIES YANG RANGUP

    (Source : Rima)
    (Boleh direct refer recipe dari pemilik resipi asal iaitu Rima. Bahan2 untuk resipi ini ada yg ditambah mengunakan bahan2 yg sedia ada di dapurku dan memenuhi citarasa family).
    Bahan-bahan yang diperlukan:-

    250 gm butter
    200 gm gula perang
    ¼  cawan nestum
    ¼  cawan almond kisar
    ¼  cawan almond cincang + ¼ cawan kuaci  - toasted
    1 packet chocolate chip
    300 gm self raising flour (diayak)
    *1/2 sudu kecil coffee oil
    *1 biji telur
    *1 sudu kecil Vanilla essence

    Note:
    Bahan2 yg perlu disedia awal sebelum process penyediaan cookies ni.
    Pukul bahan2 yang bertanda * (esen vanilla+coffee oil + telur). Sediakan sekurang2 nyer 2 jam atau semalaman dan simpan dalam fridge. Keluarkan pada suhu bilik dan ready for next process yer…

    Kaedah Penyediaan Selanjutnya...
    Pukul butter bersama gula hingga kembang dan gebu…
    Masukkan bahan2 yg telah disediakan awal (adunan telur+coffee oil+vanilla essence) serta ground almonds & nestum. Kacau rata dan masukkan almond cincang yang dipanggang…dan chocolate chip. Gaul rata…
    Last sekali masukkan tepung self raising yg diayak sedikit demi sedikit dan gaul rata. Adunan tidak terlalu lembik dan tidak terlalu kental.
    Sediakan loyang pembakar dan lapiskan dengan baking sheet.
    Gunakan sudu besar dan letakkan adunan separuh dari sudu tersebut dan susun di atas loyang pembakar.
    ready untuk dibakar
    Panaskan oven pd suhu 160C dan baked selama 20 – 25 minutes or nampak jer keperangan terus angkat dan sejukkan seketika sebelum dimasukkan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba.

    Terimakasih di atas penyumbang resepi asal.…so lepas ni akan terus mencuba resipi ini lagi….sesuai dihidangkan utk tea time dan juga hari2 yg istimewa.

    chocolate chunk dilimpahi chocolate chip, almond and kuaci.....begitu ranggup sekali

    nyum2..

0 comments:

Post a Comment

First Come First Serve

get this widget here

My Followers

Visitors

Lilypie Angel and Memorial tickers