Hari ini kita cuba pulak laksa sarawak. Lagi pun perencah kuah laksa sarawak dah lama dibeli so kena ler cuba juga buat. Resepi ada disertakan bersama perencah dan jika hendak kelainan google jer kat website..mcm2 cara penyediaan nyer dan yg disediakan ni dimodifykan ikut citarasa utara....lagi pedas lagi sedap....jom kita cuba yer...
RESEPI LAKSA SARAWAK
BAHAN ASAS :
1 bungkus mee hoon - dicelur hingga lembut dan toskan
BAHAN UNTUK PENYEDIAAN KUAH
200 gm perencah laksa Sarawak
500 gm udang sederhana besar, dibuang kulit , cuci dan toskan
2 keping dada ayam
1 kotak kecil santan ayam brand
1 1/2 camca besar sos tiram
*1 inci halia – dihiris nipis2
*4 ulas bawang putih
*4 ulas bawang merah
*2 batang serai
Garam dan gula secukup rasa
[*dikisar halus]
BAHAN HIASAN :
3 biji telur - didadar nipis, gulung dan hiris halus2/direbus saja..nak mudah..
Taugeh yg dicelur
Limau kasturi dibelah dua
Daun ketumbar dihiris halus – sebagai penambah aroma utk laksa sarawak
Tauhu goreng
BAHAN & PENYEDIAAN SAMBAL TUMIS
15 biji chili kering – di rebus, toskan.dan dikisar dengan 1 inci belacan
4 ulas bawang putih,
4 ulas bawang merah
Garam dan sedikit gula
Air asam jawa.
Sedikit minyak untuk menumis
Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga garing dan masukkan chili kisar dan masak sehingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula. Biarkan seketika di atas api dan bila chili dah masak n angkat.
[NOTE : Boleh juga dihidangkan dengan sambal belacan atau sambal tumis. Ikut selera masing-masing.]
CARA PENYEDIAAN KUAH :
- Didihkan 2 liter air di dalam periuk. Masukkan bahan2 kisar serai, halia dan bawang putih & merah. Rebuskan ayam di dalam air tersebut. Rebus selama 20 minit.
- Angkat ayam, tos dan sejukkan dan carik2kan daging ayam tadi dan ketepikan.
- Kemudian celurkan udang dan biarkan seketika dalam air rebusan ayam tadi sehingga udang kemerahan dan angkat dan toskan.
- Kemudian dalam air rebusan tadi, masukkan perencah laksa Sarawak,kacau sehingga mendidih dan masukkan santan dan biarkan seketika dan masukkan juga garam dan sedikit gula n sos tiram. Didihkan dengan api yg perlahan. Bila kuah dah masak boleh ler di angkat.
CARA HIDANGAN
- Masukkan meehoon yg dicelur ke dalam mangkuk. Letakkan taugeh, telur rebus, udang yg dicelur, isi ayam yg dicarik2 tadi dan daun ketumbar serta tauhu goreng. Curahkan kuah di dalam mangkuk tadi.
- Dah sedia untuk di makan…boleh dihidangkan bersama sambal tumis/sambal belacan untuk mendapat rasa yang lebih sedap.
Laksa Sarawak dihidangkan dengan sambal tumis |
perencah laksa sarawak... |
0 comments: