• ITIK SALAI MASAK LEMAK CILI API

    Jika sekiranya anda pernah lalu sepanjang jalan Kuala Pilah akan dapat melihat banyak gerai2 menjual itik salai, daging salai dan juga ayam salai....
    Bila dah selalu lalu kawasan tu..lama2 teringin juga nak membelinya. Akhir nya terbeli juga ler itik salai. Rega sekor biasanya RM40. So bila dah beli itik salai kena ler cuba masak resepi di bawah ni....Boleh ler tahan juga kesedapan nya...Resepi org negeri sembilan..
    Itik Salai Masak Lemak Chili Api
    Resepi Itik Salai Masak Lemak Chili Api

    Bahan-bahan

    1 ekor itik yg telah disalai- di potong ikut suka…seelok2nye potong sederhana besar.
    2  batang serai, diketuk
    2 keping asam keping
    2 helai daun kunyit-dibuang tulang tengah dan potong halus2…
    2 biji ubi kentang – dipotong 6
    500gm santan pekat
    400gm air
    Garam  

    Bahan-bahan kisar
    10 biji cili padi (ikut kepedasan yg dikehendaki –lebih byk lebih pedas)
    1 inci kunyit hidup 
    1 inci halia

    Cara Penyediaannya
    1. Masukkan itik salai yg telah dipotong ke dalam periuk. 
    2. Masukkan bahan2 kisar ke dalam periuk yang berisi itik tadi.
    3. Kemudian masukkan serai yang diketuk dan asam keping 
    4. Masukkan air dan separuh santan pekat didihkan di atas api sederhana dan biarkan hingga mendidih seketika.
    5. Bila mendidih, masukkan ubi kentang dan lebihan santan separuh tadi dan  tunggu sehingga ubi kentang empuk.
    6. Bila kentang dah empuk masukkan garam dan hirisan daun kunyit .
    7. Biarkan seketika dan angkat n hidangkan.

    Mudah saja…….

0 comments:

Post a Comment

First Come First Serve

get this widget here

My Followers

Visitors

Lilypie Angel and Memorial tickers