• JENAHAK MASAK STIM


    Jenahak Masak Stim
    Resepi : Jenahak Masak Stim

    Bahan-bahan:-

    1 ekor ikan jenahak (ikan ni biasanya saiz besar). 
    2 inci halia (dihiris nipis2)
    2 labu bawang besar (dihiris bulat2)
    4 ulas bawang putih(dimayang halus)
    3 sudu sos tiram
    1 biji Asam Boi
    1 biji limau nipis (perahan limau jadikan jus - optional)
    2-3 cawan air 
    4 biji cili padi (dibelah 2)
    1 biji tomato (dipotong 4)

    Sedikit garam
    1 biji carrot (dipotong ikut suka)
    1 batang celery (dipotong ikut suka)
    1 biji chili merah (dihiris nipis2)
    3 tangkai daun bawang – hiasan

    Cara Penyediaan
     [NOTA : Utk penyediaan ikan kukus ni, saya just guna pemanggang ajaib jer…lagi pun cepat disediakan dan tak perlu tunggu lama or boleh guna pengukus dan kukus ikan yg dilumurkan dengan sedikit garam dan sos tiram dan masukkan semua bahan2 lain utk penyediaan kuah di dalam periuk dan masak hingga mendidih]
    1.Ikan Jenahak dicuci bersih2 dan dikelar2.
    2.Masukkan ikan, air, sos tiram, asam boi, garam, halia, bawang besar + putih, cili padi dan perahan jus limau ke dalam pemanggang ajaib. Tutup pemanggang ajaib tersebut dan kukus selama 5-8 minit ikut size ikan
    3. Kemudian masukkan carrot,  tomato, celery, chili merah dan kukus lg selama 3-5 minit. Kalau kuah pekat masukkan sedikit air utk cairkan kuah. Dah mendidih angkat dan hidangkan.
    4.Taburkan dengan hirisan daun bawang sbg hiasan

0 comments:

Post a Comment

First Come First Serve

get this widget here

My Followers

Visitors

Lilypie Angel and Memorial tickers