• SERI RAMADHAN - BUAH MELAKA


    Buah Melaka Versi Pandan Hijau - Served With LOVE
    Resepi Buah Melaka
    Bahan-bahan:
    1 cawan tepung pulut
    2 sudu besar tepung beras
    6 helai daun pandan
    Gula melaka di potong kiub kecil
    Kelapa parut (gaulkan dengan sedikit garam halus)
    Sedikit pewarna hijau
    [NOTE : Utk menyediakan Buah Melaka pelbagai warna, tidak perlu masukkan air daun pandan. Anda cuma bancuhkan dengan air dan masukkan pewarna yg dikehendaki sahaja]

    Cara Penyediaan:

    Kisar daun pandan bersama sedikit air dan tapis. 
    Kemudian campur air pandan tadi dengan sedikit pewarna hijau dan tuang air sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung pulut dan tepung beras sehingga menjadi adunan yang boleh digentel.
    Ambil sedikit adunan, leperkan atas tapak tangan dan letakkan gula melaka sebagai inti di tengah2. 
    Tutup rapat permukaan atas dan bentukkan bulat.
    Didihkan air 3/4 penuh dalam periuk dan masukkan adunan yg telah dibulatkan tadi dan rebus dalam air mendidih sehingga buah melaka timbul. 
    adunan yg dibulatkan dalam rebusan air mendidih..
    Angkat dan toskan.
    Gelekkan buah melaka dengan kelapa parut di campur dengan sedikit garam tadi, gaul rata dan hidangkan.


    versi hijau pandan...tetap di hati
    ceria ramadhan.. dimodernkan warna...versi pink n biru.
    Semua nyer jadi pilihan anak2.....warna warni menceriakan Ramadhan kali ini...SELAMAT MENCUBA..

    Pergi ke pasar bersama rakan
    Gula melaka dilupa jangan
    Buah Melaka menjadi kegemaran
    Juadah berbuka sempena Ramadhan

0 comments:

Post a Comment

First Come First Serve

get this widget here

My Followers

Visitors

Lilypie Angel and Memorial tickers