• AYAM MASAK MERAH


    Sajian kegemaran anak-anak utk lunch kali ni ayam masak merah. Boleh dihidangkan dengan nasi hujan panas or nasi minyak. 

    Recipe Ayam Masak Merah Ala iana ishak. Resepi disertakan di sini...

    Recipe Ayam Masak Merah

    Bahan2 yg di perlukan :
    1 ekor ayam bersize ikut suka (potong ayam ikut kehendak anda. Kebiasaan dipotong 16 sbb senang anak2 nak makan ngan size kecik). Cuci ayam bersih2 dan lumurkan garam + kunyit. Goreng ayam tersebut samada nak full or half masak (ikut kehendak masing-masing yer). Ketepikan..

    Bahan2 kisar ( kisar halus ):

    2 labu bawang besar
    5 labu bawang merah
    5 ulas bawang putih
    1 inci lengkuas
    3 batang serai dihiris halus
    1 inci halia


    Bahan Kisar lain :
    15 - 20 tangkai cili kering. Direbus dahulu dan toskan dan dikisar bersama 1 inci belacan.


    Bahan2 di hiris :
    3 biji bawang besar
    5 ulas bawang putih
    1 inci halia ( dimayang halus)


    Bahan tambahan :
    2 sudu besar sos cili
    1 cawan santan/susu sejat carnation (utk yg tak nak guna santan boleh guna susu isisn sejat dlm tin)
    sedikit air sekira nye pekat
    garam secukup rasa, kerisik (optional)
    minyak utk menumis

    Cara penyediaannya :
    Panaskan minyak dlm kuali. Tumiskan bahan2 yang dihiris sehingga naik bau. Masukkan bahan bahan kisar. Biarkan sehingga masak dan pecah minyak serta naik bau. Masukkan chili sauce dan kacau. 
    Masukkan susu sejat dan sedikit air, garam secukup rasa dan kerisik dan ayam yg dah digoreng. Biarkan sehingga pekat. Bila dah masak angkat dan hidangkan.




    dah siap dimasak....sedia untuk dimakan...

0 comments:

Post a Comment

First Come First Serve

get this widget here

My Followers

Visitors

Lilypie Angel and Memorial tickers