• JALAN-JALAN DI CAMERON HIGHLAND

    Destinasi percutian family kali ini di Cameron Highland pada 14 - 16 Sep 2013 yg lalu. Seramai 5 family ikut serta kali ni..Dah lama tak datang sini..so banyak juga perubahan yang dapat dilihat terutama tempat-tempat menarik untuk dilawati semakin banyak.

    3D2N at TM Resort, Tanah Rata
    BBQ at TM Resort pd malamnya...gathering with 5 families..

    Keesokannya lawatan bermula dengan persinggahan di MARDI, Cameron Highland iaitu Taman Agroteknologi yang terletak berdekatan ngan TM Resort juga di Tanah Rata

    Taman Agroteknologi Mardi, Tanah Rata
    Bunga-bunga segar dan orkid di Taman AgroTeknologi
    Bunga lagi...cactus yg cantik berwarna warni...dan taman mini yg mendamaikan

    strawberry yg ready untuk dipetik
    bunga lagi....snap jer ler..tak sah datang Cameron kalau tak ambik gambar bunga
    Mawar Oh Mawar....multi color...

    Mawar Merah di halaman Taman AgroTeknologi.
    Sayuran segar di Mardi...Labu Oh Labu.....berbagai size
    xtvt memetik strawberry di Taman Sedia.....byk ladang strawberry kat situ....semua kiosk menarik dan dipenuhi ngan pohon2 strawberry yang menjalar..petik jangan tak petik..
    Hari seterusnye melawat Taman Agro Tourism, Big Red Strawberry Farm kat Brinchang. Nak sampai kat sini jenuh gak sbb jalan ke Brincang time ni punyer ler sesak and byk buang masa kat jalan maybe sebab time cuti panjang ni sempena Hari Malaysia 16 Sept 2013. Nak cari parking pulak satu hal kat sini parking pulak penuh n park kat atas sekali...jenuh ler nak menapak ke bawah pulak...tapi tak pa exercise....he..he

    segar-segar nyer salad and tomato kat sini...ni jer gambar2 sayuran yg dapat diambil...yg lain dah malas nak snap....
    Lepas lawatan ke Taman Agro Tourism Big Red tu...kami singgah sebentar kat Pekan Brinchang dan jalan2 sekejap kat Pasar Malam sambil beli-beli makanan yg biasa ler....ubi keledek rebus yg sedap dan lembut, jagung rebus, cendawan goreng dan juga kimchan goreng...gambar tak sempat nak ambik sbb tangan dah penuh ngan barang2 makanan dari pasar malam....he..he


    Hari terakhir lepas check out kat TM Resort, mula ler start nak borong sayur dan buah2an untuk dibawa pulang...Singgah di Kea Farm 3km dari Pekan Brinchang. Tempat ni menarik untuk shopping sayuran dan buah2an segar ler.

    tomato cherry comel2, sea coconut mmg byk time ni....sempat gak minum air sea coconut...sedap le jugak..
    Strawberry Chocolate tak dilupakan....nak juga rasa sebelum nak balik KL.....1 cucuk RM2....ambik rasa jer....balik umah boleh buat byk2 n makan puas2...
    Lepas borong sayur, jom kita singgah Lavender Garden kat Tringkap pulak...ni kira Garden yg baru dibuka.....so mmg sesuai ler datang sini sbb kat sini byk pohon2 Lavender...jom kita terjah apa ada didalam garden ni...Satu lagi since kat sini kira Garden yg baru dibuka...so parking pun susah nak dapat dan terpaksa parking jauh sikit sebab pengunjung pun ramai berpusu2 datang kat sini....
    Sedikit info yg dapat dikongsi pasal Lavender Garden ni...nak masuk kena beli ticket yer..

    Lavender Cameron,
    Tringkap, Cameron Highlands
    05-4961 208
    dibuka setiap hari:
    Isnin - Khamis : 9am -6pm
    Jumaat - Ahad : 9am -7pm
    harga tiket: 
    dewasa: rm5
    kanak2: rm3

    Cameron Lavender Garden







    kereta antik polkadot...jgn lupa ambik gambar yer....
    tu dia Lavender penuh taman yg warna purple.....yg lain tak tau apa nama bunga....semua nyer cantik2 belaka..


    kat level atas pun ada ditanam ngan bunga2 ni...boleh dipetik dan sebatang rega nye RM2....
    jgn lupa ambik gambar ngan patung ni juga.....mcm2 warna ada ikut bunga2 yg ditanam di Lavender Garden ni..yg purple tu bunga Lavender, yg biru tu rasanyer bunga seri pagi, yg kuning tu bunga matahari....yg lain2 tu tak tau ler....
    Destinasi terakhir sebelum pulang singgah sekejap di Cameron Valley Tea house kat Kuala Terla, antara Tringkap dan Kampung Raja.
    Ladang teh terbentang luas saujana mata memandang di Cameron Valley

    Ni salah satu ole-ole yg dapat dibawa balik dari Cameron Highland...baby Strawberry Cute sangat2...comelkan?.. 

    Ole-ole from Cameron Highland.....Purple Strawberry Cute

4 comments:

  1. wow..seronoknya..

  2. Anonymous said...

    Salam.. Nak tanya bbq di tm resort tu dia kira mcm mana eh?

  3. Unknown said...

    Baru-baru ni pergi jgk cameron,tapi cari Big Red Strawberry Farm tak jumpa,huhu

  4. Anonymous said...

    Insyaallah, hr sabtu ni 31.5.2014 ( 4 hari 3 mlm ) nak pergi ke Cameron highland dengan family....bawa anak-anak cuti sekolah....kita enjoy

Post a Comment

First Come First Serve

get this widget here

My Followers

Visitors

Lilypie Angel and Memorial tickers