• Bukit Malawati

    Bukit Malawati Mengamit Pelancong2
    Syukur Alhamdulillah....alang2 dah menjenguk Kuala Selangor ni....dapat juga singgah di sini yang yang sebelum ni tak tahu and tak terfikir pun nak datang sini...Rupa-rupanya byk tempat-tempat bersejarah di Bukit Malawati ni.........
    Hari-hari cuti umum dan weekend, kereta tak dibenarkan masuk di kawasan ini. Trem ada disediakan untuk melawat tempat2 di atas. Dewasa RM5 dan kanak2 RM3 dikenakan bayaran utk menaiki trem. Kalau nak ronda2 ngan kereta boleh datang pada hari2 bekerja Isnin-Jumaat....
    sesekali naik trem best gak....
    Jom kita check...apa ada di sana.....
    Kuala Selangor indah dan bersejarah
    Mengikut sejarah, Bukit Melawati dulunya kubu pertahanan Kesultanan Selangor untuk memantau pergerakan kapal dagang dan kapal perang yang melalui Selat Melaka dan Kuala Selangor.

    Perigi Beracun
    Sedikit catatan ringkas tentang perigi ni....apa yg tertulis itu yg dibaca yer....
    Air perigi berisi racun, hasil ramuan beberapa jenis getah dan miang rebung. Air diisi sehingga paras dagu penderhaka.  perigi ini dijadikan tempat penyeksaan kepada penderhaka.

    Laman Budaya

    Berlatarbelakangkan laman budaya...singgah berehat sebentar di sini...
    Kawasan berdekatan ngan Laman Budaya ada pohon-pohon merendang yang berusia ratusan tahun....daun2 berguguran umpama di musim luruh....cantik permandangannya...

    Rumah Api
    Di puncak Bukit Melawati terdapat juga rumah api yang masih beroperasi serta beberapa rumah kolonial British yang masih terpelihara ngan elok nya sebagai tinggalan sejarah.
    Rumah Api di puncak Bukit Malawati
    Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor

    Muzium sejarah ini menghimpunkan segala sejarah yang berkaitan Kuala Selangor sebagai pusat pentadbiran awal Selangor selain menyaksikan bermulanya Institusi Kesultanan Selangor yang diasaskan Raja Lumut (Sultan Salehuddin) pada tahun 1766. Di sini tersimpan banyak tinggalan sejarah yang mempunyai cerita tersendiri...semuanya di pamerkan di muzium ini...luangkan masa bersama anak-anak mengenali sejarah Kuala Selangor seketika....


    Baitul Hilal
    Tempat mencerap anak bulan. Bangunan ini dibina khas bagi mencerap hilal Ramadhan (Awal Puasa), Syawal (Raya Aidil Fitri) dan Zulhijjah (Raya Qurban) di samping cerapan bulan bagi setiap bulan Islam.


    Meriam Sejarah

    meriam sejarah berlatarbelakangkan Laut Selat Melaka
    Pemandangan indah alam semula jadi dan laut Selat Melaka yang disajikan cukup mendamaikan jiwa takala berada di atas Bukit Malawati. 


    Si Monyet merenung masa depan...
    Batu Hampar
    Terletak di atas kawasan lapang dengan menuruni tiga anak tangga menghala matahari terbit. Berupa seketul batu bersize 5 x 5 x 1 kaki padu yg berlonggokan tanah pasir sbg kaki. Ada pendapat mengatakan batu ini digunakan sebagai tempat memancung penderhaka dan pendapat lain mengatakan batu ini sebagai tempat persemayaman Baginda Sultan Abdul Samad untuk memerhati pekan Kuala Selangor. 



    Busut Malawati
    Ada 2 tujuan dibina busut iaitu sebagai tempat sultan berehat-rehat dengan raja-raja dari negeri lain yang datang melawat ke Kuala Selangor sambil menyaksikan perlagaan ayam dan sebagai gedung menyimpan harta-harta kerajaan pada masa itu. Petikan dari laman perbadanan adab Melayu dan Warisan negeri Selangor.


    Makam DiRaja
    Makam Diraja Selangor. Untuk keterangan detail boleh click gambar di bawah.





    Meriam Penggawa



    Selepas mengelilingi Bukit Malawati dengan Trem dan kemudian anda akan di bawa melihat Taman Alam Kuala Selangor (Kuala Selangor Nature Park) bersebelahan ngan Bukit Malawati.

    Taman Alam Kuala Selangor ni mmg luas...terdapat chalet2 di dlm nya dan hutan paya bakau....so  x larat le nak jalan rembang2 masuk ke dalam....singgah ajer ler kat Taman Ikan Air Tawar bersebelahan. Utk kawan-kawan yang suka adventure boleh le terokai khazanah alam di taman alam ini.....sure menyeronokkan....

    Di sini terdapat Taman Ikan Air Tawar dan bermacam-macam spesis ikan air tawar dapat dilihat di dalam aquarium di sini. 

    Di samping itu ada juga kolam2 ikan di bina berdekatan antara satu sama lain di taman ini antaranya Kolam Ikan Keli.


    Monyet-monyet berkeliaran di atas tempat berteduh dan jinak...jgn kacau tau....dia nak rehat juga...

    bunga teratai

    Teratai mekar di kolam air tawar


    So ini sahaja yang dapat dipaparkan untuk tatapan sahabat2 yang berhasrat nak bercuti di Kuala Selangor...Bukit Malawati yang bersejarah perlu dilawati...

2 comments:

  1. along hazie said...

    tak sabarnyee nak pi kuala selangor ;)

  2. siti hazreen said...

    Insyaa allah saya akan ke kuala selangor hari ini

Post a Comment

First Come First Serve

get this widget here

My Followers

Visitors

Lilypie Angel and Memorial tickers