• Apam Mentega

    apam mentega versi iana
     
    xtvt hujung minggu...apa lg...masak ler......kali ni cuba apam mentega/butter plak....recipe nyer ringkas dan mudah.....recipe browse jer website...semua cara penyediaan sama jer.....cuma corak acuan jer berbeza...kali ni Iana gunakan acuan apam biasa jer...


    lembut dan gebu...

    salinan recipe seperti di bawah utk memudahkan rakan2 mencuba.
     




    Bahan (A) 
    Bahan2 utk gula hangus:-
    1 1/2 cawan gula pasir
    1 cawan air panas dan tuang sikit2
    250 gm mentega/butter

    Bahan (B)
    3/4 cawan gula castor
    4 biji telur
    3 cawan tepung gandum ayak besama
    2 sudu teh soda bikarbonate
    1 tin susu cair
    1 sudu teh esen vanila

    Penyediaan gula hangus 1. Masukkan gula dlm periuk, masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
    2. Padamkan api (utk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air) dan masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.

    Penyediaan  adunan apam mentega.
    1. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.

    2. Kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
    3. Perap selama 1/2 jam.
    4. Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dlm acuan yg di sapu sedikit minyak. Adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.

    Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min. 

2 comments:

  1. along hazie said...

    sedapnye..nak gak? :)

  2. IANA said...

    mai le singgah boleh mkn2...

Post a Comment

First Come First Serve

get this widget here

My Followers

Visitors

Lilypie Angel and Memorial tickers