1 ekor ayam (disalai dan dipotong, Ada dijual di pasar tak payah susah2 nak salai lg. ikan keli/talapia salai pun boleh guna juga). If ada pemanggang ajaib, guna ajer utk memanggang....he..he...cepat jugak.
4 keping Tempe (Panggangkan atas api seketika/goreng jer bg yg malas nak panggang)
1 packet santan pekat ( 1 cawan).
2 cawan air (kepekatan bergantung kepada tukang masak...)
2 cawan air (kepekatan bergantung kepada tukang masak...)
2 keping Asam keping
7-9 helai daun cekur dihiris nipis2
sedikit garam dan gula
sedikit minyak untuk menumis
Bahan Utk Dikisar *
4 ulas bwg merah
4 ulas bawang putih
8 biji cili api
2 ketul ubi cekur
1 inci belacan
1 inci kunyit hidup
NOTE : Sediakan kuali n panaskan sedikit minyak dan goreng semua bahan2 bertanda * di atas. Angkat dan toskan dan kemudian baru dikisar.
Cara Penyediaan
Panaskan minyak lebihan mengoreng bhn2 dikisar tadi.
Tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan santan dan kacau hingga sebati dan masukkan asam keping.
Kemudian masukkan ayam dan tempe yang siap disalai dan dipotong.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Bila santan berserta ayam dah masak taburkan hirisan cekur di dalam periuk tadi dan biarkan seketika dan angkat.
Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba…..
memang menyelerakan.....kalau nak rasa kena cuba.... |
cekur di halaman rumah ku.....tanam dlm pasu jer.... |
Sedikit info mengenai Cekur adalah seperti di bawah.
Cekur atau cekur putih atau nama saintifiknya Kaempferia galanga Linn. Cekur adalah tumbuhan herba yang bersaiz kecil dan hanya mempunyai dua hingga tujuh helai daun sahaja. Daun cekur boleh mencapai saiz 10 cm dan bunga tumbuhan ini pula mempunyai belahan yang berwarna putih dan dua belahan lengkuk yang berwarna ungu. Batang yang muda biasanya berwarna hijau muda dan batang yang tua berwarna hijau tua dan kelabu. Batang pada pangkal pokok biasanya sebesar ibu jari.
Ulam - Rizom cekur yang dikupas kulit, ditumbuk bersama cili lalu dimakan bersama nasi. Pucuk muda cekur pula dimakan mentah atau dicelur dan kemudian dicecah dengan cecahan seperti sambal belacan, budu, cencalok ataupun pencecah yang lain. Pucuk yang dihiris halus boleh dimasukkan ke dalam masakan seperti nasi kerabu, nasi ulam dan kerabu.Rasanya sedikit pedas dan rangup serta wangi apabila dimakan.Petikan dari Wikipedia.
0 comments: