Lagi pun dah lama tak prepare hidangan ni...so hari ni consider rajin sikit ler....Recipe ada disediakan dibawah untuk sahabat-sahabat mencuba.
Recipe Fettuccine Carbonara
Bahan-bahan
1 Liter fresh milk (1 kotak)
500ml whipping cream Emborg
1 packet beef salami – potong kecik2
400gm minced chicken
1 tin mushroom (dibelah 4)
1 cube chicken knorr
2 sudu besar tepung jagung (pekatkan kuah)
1 labu bawang besar (blend)
3 ulas bawang putih (blend)
1 lada capsicum merah, kuning, hijau di potong dadu dan separuh diblend,
Garam secukup rasa
Sedikit lada hitam (ditumbuk halus/serbuk)
1 dan 1/2 bungkus Fettuccine(Rebus dan masukkan 1 sudu butter dan sedikit garam dan toskan bila dah lembut)
Minyak Zaitun untuk menumis.
Cara Penyediaan
Masukkan minyak zaitun dlm periuk n panaskan. Kemudian masukkan bawang2 yang telah diblend.
Masukkan beef salami + chicken minced dan kacau sampai masak. Kemudian masukkan mushroom,fresh milk dan whipping cream.
Masukkan capsicum yang diblend tadi and kacau.
Bancuh tepung jagung ngan air dan masukkan dalam periuk utk pekatkan kuah (agak2 sendiri)
Last sekali masukkan chicken cube, garam, lada hitam secukup rasa. Servekan with capsicum(potong dadu) utk rasa lebih crunchy and warna warni.
Tuangkan kuah ke atas fettuccine tadi dan hidangkan.
Pasta dan kuah... |
0 comments: