Meehoon Goreng Simple...hidangan breakfast untuk anak-anak |
Recipe Mee HoonGoreng Simple jer
Bahan-bahan
¼ kilo daging (dipotong kecil2)
3 ulas bawang putih (diblend)
3 ulas bawang merah (diblend)
3 sudu besar kicap manis *
2 sudu besar kicap pekat *
2 sudu besar chili sauce *
3 sudu besar cili kering (yang telah diblend) *
2 sudu teh garam*
1 sudu makan cuka *
1 cawan air *
[ * - semua bahan2 dimasukkan dalam mangkuk and dikacau hingga sebati ]
5 tangkai daun sawi (dipotong)
1/2 mangkuk taugeh(optional)
3 biji telur ayam
4 sudu makan minyak masak
1 bungkus meehoon (direndam 15 minit & toskan)
Hiasan
1 sudu makan bawang goreng,
1 biji chili besar(dihiris nipis2) &
2 tangkai daun bawang
Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah diblend tadi sehingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan bertanda * yang telah digaul dlm mangkuk ke dlm kuali dan kemudan masukkan daging. Biar daging empuk dan lembut.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan biarkan seketika dan seterusnya masukkan sayur sawi n taugeh.
4. Masukkan meehoon yg ditos dan gaul rata.
5. Bila dan meehoon lembut dan rasa dah sebati. Angkat dan hiaskan dengan bawang goreng n daun bawang dan chili besar yg dihiris tadi.
6. Untuk lebih cantik lagi hiaskan juga dengan telur dadar yang dipotong nipis(optional). Selamat mencuba.
0 comments: