Hari ni tetiba teringin nak makan capati pulak. So lunch ngan capati ler...Cari punyer cari recipe yang mudah nak buat akhirnya dapat gak dari blog Mat Gebu...simple dan bahan2 pula senang didapati....apa lagi cuba ler..Thank you to owner recipe (Mat Gebu) sbb kita dah mencuba and terus menjadi..
capati dihidangkan dengan kuah dalca... |
Recipe CAPATI
(Sumber asal dari recipe Mat Gebu dan disalin semula dengan sedikit olahan ikut cara kita sendiri)
2 cawan tepung
atta
1 cawan air suam
+ secubit garam (kacau garam bersama air suam hingga larut)
2 camca besar
minyak zaitun (mentega atau minyak sapi cair boleh juga digunakan)
CARA PENYEDIAAN
Masukkan tepung
atta dalam mangkuk, buat lubang ditengah2 tepung tadi. Tuang air suam bergaram
sedikit demi sedikit, gaul dengan tepung. Tuang lagi hingga habis dan terus
menggaul sehingga menjadi doh.
Masukkan minyak
zaitun dan terus menguli doh hingga tidak melekat di mangkuk adunan. Bahagikan
doh pada 8-10 bahagian, bulat2kan, letak dalam bekas dan tutup plastik. Bilangan doh bergantung kepada saiz doh..kalau size bulat besar, jadi sikit ler bilangan doh nyer...
Tabur tepung
pada meja kerja. Ambil 1 biji doh, leper2kan sedikit, tabur tepung dan canai
hingga nipis, jika melekat tabur tepung masa mencanai (gunakan tepung atta).
Panaskan non-stick
pan. Gunakan api kecil. Letak sekeping capati dan masak. Tekan permukaan capati
dan terbalikkan dan biarkan di atas kuali hingga warna perang seperti di dalam
gambar.
Angkat dan buat kaedah sama untuk doh yang seterusnya. Tutup dengan towel bersih capati yang telah masak, untuk mengelakkan ia cepat sejuk dan mengeras atau pun boleh diletakkan dalam bekas kedap udara.
Angkat dan buat kaedah sama untuk doh yang seterusnya. Tutup dengan towel bersih capati yang telah masak, untuk mengelakkan ia cepat sejuk dan mengeras atau pun boleh diletakkan dalam bekas kedap udara.
Hidangkan
bersama kuah dalca/dal atau kari yang
anda gemari....Utk percubaan pertama ini saya hidangkan dengan kuah dalca…..sedap….cuba
jangan tak cuba…..
0 comments: