• Apam Polkadot

    Sesi santai di petang hari sambil menikmati apam polkadot....jom makan.
     
    First time buat apam polkadot ni selepas terbaca recipe dari website Myresipi.com. Thanks for penyumbang recipe asal.  Masa tu rakan-rakan office ada bawa apam polkadot kat ofis and kasi rasa. Dan pernah juga g majlis kahwin dihidangkan ngan apam ni tapi ngan design strawberry and ladybird. Ikut creativity masing2 le. Yg best sekali bila mencuba terus menjadi....kalau tak jadi cuba lagi ye..insyaAllah akan menjadi juga akhir nyer.


    So 2nd time buat apam polkadot terus cuba modify sikit recipe asal n cuba guna self raising flour. Kebetulan pulak mmg simpan stock self raising flour banyak sbb selalu buat cupcakes utk anak2. Syukur Alhamdulillah OK juga menjadi, lembut and gebu. Kalau nak cuba recipe, disertakan dibawah.

    
    Apam Polka Dot
    
    Apam Polkadot
    Bahan-bahan

    3 biji telur
    275 gm self raising flour (tpg naik sendiri)
    220 gm gula halus
    150 ml susu segar/susu full cream
    1 sudu kecil ovalette,1 sudu kecil esen vanila
    filling-blueberry or any filling ikut citarasa (cth:peanut butter/chocolate)
    pewarna

    Cara Penyediaan
    1. Masukkan semua bahan di atas dlm mangkuk dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
    2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan warna masing-masing.
    3. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag. Guna piping bag kerana akan mendapat hasil yg lebih kemas.
    4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja. Alaskan mangkuk kertas ngan cawan apam plastic/bekas tart aluminium.[Ini bertujuan untuk mendapatkan bentuk yang cantik apabila masuk di dalam pengukus nanti setelah masak].
    5. Letakkan filling secukupnya-nak senang dan tak comot boleh masukkan dalam piping bag (selalu guna utk buat cupcakes) kemudian picitkan.
    6. Picit lagi adunan sama dengan warna berbeza sehingga hampir penuh. Pastikan tidak memenuhi mangkuk kertas.
    7. Kemudian letakkan dot dengan warna pilihan dan kukus selama 10-15minit  sehingga masak.

0 comments:

Post a Comment

First Come First Serve

get this widget here

My Followers

Visitors

Lilypie Angel and Memorial tickers