Syukur Alhamdulillah…… tanggal 17.7.2012 dapat jua meluangkan
masa bersama sahabat di Putrajaya. Pertemuan kali ini just sesi sembang2 petang
sambil menikmati angin petang di sekitar Pullman Lakeside Putrajaya dan
kawasan2 yg berdekatan.... sesekali mau juga merehatkan minda dari kepenatan berkerja...
Lunch di Maritime Centre Pullman Putrajaya Lakeside
Tiba di Pullman Putrajaya Lakeside ni dlm kul 2pm…..masing2
perut dah terasa keroncong sbb pagi tak breakfast…so sure lunch kat sini lebih
menyelerakan….ni le makanan yg kami pesan buat santapan tengahari. Sebenarnyer
my friend ni selalu lepak2 kat sini ngan family dia….so dia dah familiar
makanan apa yg the best….so kali ni lepak2 ptg ngan dia, dia suggest tempat ni..Thanks to my friend kerana sudi belanja kat tempat ni…..next time boleh
dtg lg…..syukur Alhamdulillah kenyang…rezeki jangan ditolak....
Complete Lunch Set utk kami.. |
Spicy Fried Rice, Cantonese Fried Rice, Telur Dadar and
Sup Ekor. Penghilang dahaga nyer pulak Mango Paradise + Apple Juice…mmg sedap
and pasti nak dtg lg….
Spicy Fried Rice |
Telur Dadar |
Brownies Chocolate with Ice Cream... |
Western food and Italian food pun ada kat sini…next
time le boleh cuba western food dia….sbb kali ni mmg nak mkn nasi…dekat2 Ramadhan ni semua makanan nak belasah jer..
Singgah sebentar di Tuanku Mizan Zainal Abidin Mosque
(Iron Mosque)
View from Putra Mosque |
It is located in Putrajaya's Precinct 3. Ni
kira 2nd time singgah solat kat sini….Dalam masjid terasa dingin
and nyaman aje lg pun masjid ni dikelilingi ngan tasik yg luas. Terapi jiwa dan
minda sambil menikmati dan mengkagumi keindahan senibina dalaman yang cantik
dan indah……terpegun and terpesona seketika....
Kubah Iron Mosque |
Pancuran Air.... |
view from Iron Mosque |
view from Iron Mosque... |
Hampir ½ hour berada di situ, kami beredar menuju
ke satu lg destinasi di Putrajaya…….jom tengok apa ada di Alamanda
sepanjang jalan kenangan |
Hi-Tea di Garden Cafe, Alamanda
Sebelum g Hi-Tea kat Garden Café… window shopping dulu
sekitar kedai2 di Alamanda tu…..jalan2 jer …..
singgah sana singgah sini akhir nyer lepak kat Garden Café…
Hot Cappuccino |
The “GARDEN” White Loaf “SANDWICH”…mmg sedap |
Spring Roll |
Lepas mkn sempat lg bawa extra sandwich…..he…he…..tak boleh
nak habiskan makanan….perut dah full so yg lebih kena bawa balik…rezeki jangan
membazir….
sana sini bunga |
Bila kaki mula melangkah pulang..hujan pun turun renyai2... |
Terasa petang sgt pantas masa berlalu dan di akhir perpisahan
ini meninggalkan seribu kegembiraan dan kepuasan di wajah masing2….insyaallah
jika ada kelapangan kita akan bersua kembali…..terimakasih buat sahabat and jumpa lagi….
YANG INDAH ITU PERTEMUAN
YANG MANIS ITU KEMESRAAN
YANG PAHIT ITU PERPISAHAN
YANG TINGGAL HANYALAH KENANGAN
SALAM DIHULUR SESAMA KITA
YANG MANIS ITU KEMESRAAN
YANG PAHIT ITU PERPISAHAN
YANG TINGGAL HANYALAH KENANGAN
SALAM DIHULUR SESAMA KITA
IKATAN PERSAUDARAAN TERJALIN MESRA
SYAABAN DIPENGHUJUNG…RAMADHAN BAKAL MENJELMA
TINGKATKAN AMALAN LIMITKAN SELERA …
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK
0 comments: