• Puding Cendol


    Puding Cendol Versi IANA

    Sempena Ramadhan ni sempat mencuba juadah berbuka puasa untuk keluarga. Kali ini cuba Puding Cendol dari resepi Kak Hanieliza pulak. Thanks to Kak Liza kerana berkongsi resepi puding yg simple dan sedap memenuhi selera family.....Ni resepi disalin semula utk rakan2 mencuba.


    Bahan-bahan 
    1/2 paket agar2 [20-25 gm] 
    3 gelas air 
    1 cawan gula 
    1 cawan susu cair [saya guna Marigold full cream] 
    2 cawan cendul 
    1 cawan gula merah 

    Cara 
    1. Rebuskan agar2 dengan air sehingga mendidih. 
    2. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi. Tapiskan. 
    3. Bahagikan adunan pada 3 bahagian. 
    4. Bahagian 1/3 itu dipanaskan dan masukkan gula merah. 
    5. Kacau rata dan biarkan mendidih dan tapis. 
    6. Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan keras sangat nanti adunan tidak melekat. 
    7. 2 bahagian lagi dipanaskan dan masukkan susu cair dan cendol. 
    8. Kacau rata dan tuangkan perlahan2 atas adunan gula merah dan sejukkan. 

    9. Hidangkan.

    NOTE : Susunatur adunan gula merah dan adunan cendol bergantung kepada pilihan kita sendiri samada hendak letak adunan cendul dulu di dalam bekas atau sebaliknya....Pilihan saya didahului ngan adunan cendol dan setelah beku sekejap baru masukkan adunan gula merah. And bila dah keras baru keluarkan dari acuan....Ni le hasil nyer spt gambar di bawah.

    SELAMAT MENCUBA.....


0 comments:

Post a Comment

First Come First Serve

get this widget here

My Followers

Visitors

Lilypie Angel and Memorial tickers