Sedikit citer pasal emping padi...emping dibuat dari padi yang separuh matang yang ditumbuk sehingga nipis. Tengok photo no 2...mmg nipis..Sebab tu kita dapat lihat warna nya masih lagi kehijauan kerana padi separuh masak mmg berwarna sedemikian. Kalau dah masak padi akan berwarna kuning keemasan.
Mengimbau kembali kenangan zaman kanak2 dulu...emping ni my favorite le...bila ditanya org muda2 zaman sekarang, maybe tak ramai yang tahu berkenaan makanan tradisi ini.....Kalau balik Utara, sure emping padi akan dibeli untuk dibawa pulang...makanan kegemaran ku sehingga kini....
emping yang siap digaul ngan kepala muda dan garam n gula.... |
emping padi yang belum digaul...berwarna kehijauan...padi yg separuh masak.. |
Resepi lama yang makin dilupakan. Simple jer penyediaannya dan bila-bila masa boleh mencuba….Emping muda, kalau di
Alor Setar tempat yg paling mudah diperolehi ialah di sekitar Pekan Rabu.
BAHAN-BAHAN
1
bungkus emping padi
3-4
sudu besar gula putih (boleh ditambah bergantung kepada kemanisan yg
dikehendaki)
½
biji parutan putih kelapa (kelapa muda)
Sedikit
garam halus
CARA
MEMBUATNYA
Cara
nak buat sangatlah mudah, anda cuma perlu gaulkan empeng padi tadi bersama gula
dan parutan kelapa dan sedikit garam. Gaul rata. Rasa sendiri, ikut selera nak
manis tambah gula lagi... Boleh terus dihidangkan...
Boleh dihidangkan time bersantai petang2...sambil menonton TV...bila dah cuba pasti nak lagi....mulut takkan berhenti mengunyah... |
Saya beli empeng pulut kat pdg besar apa ke empeng tersebut kena kukus dulu?