• Jenahak Masam Manis

    Jenahak Sweet Sour for Dinner

    BAHAN-BAHAN :
    1 ekor ikan jenahak (size sederhana)
    3 sudu besar tepung jagung
    Sedikit garam dan kunyit untuk digaul
    Minyak masak secukupnya

    BAHAN SOS :-
    5 biji bawang merah – dimayang halus
    5 biji bawang putih – dimayang halus
    1 biji bawang besar -  dipotong bulat2
    3 cm halia – dihiris halus
    1 sudu besar cili kisar
    3 sudu besar sos cili
    1 sudu besar sos tomato
    1 cawan air
    1 biji tomato (dibelah 4)
    Carrot, nenas (fresh/dlm tin)
    Daun bawang & sup utk hiasan
    Garam secukup rasa

    CARA PENYEDIAAN 
    1. Gaul ikan dengan garam and kunyit n biarkan seketika.
    2. Kemudian lumur/gaul ikan dengan tepung jagung. Biarkan rata.
    3. Gaul ikan ngan telur yg dipukul tadi
    4.Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ikan tadi sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
    5. Untul Penyediaan Sos: Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang merah n bawang putih sehingga naik bau.
    6. Selepas itu masukkan cili kisar dan kacau sehingga pecah minyak.
    7. Masukkan air , sos cili , sos tomato dan garam secukup rasa.
    8. Akhir sekali masukkan carrot, bawang besar dan nenas dalam tin (cube). Kacau rata sehingga sebati.
    9. Apabila sudah mendidih, masukkan tomato yg dibelah 4 tadi dan angkat dan tuangkan kuah ke atas ikan.
    10. Hiaskan ngan daun bawang dan daun sup sebagai penyeri.

0 comments:

Post a Comment

First Come First Serve

get this widget here

My Followers

Visitors

Lilypie Angel and Memorial tickers