• Miang Kam - Appetizer

    Jamuan raya yang diadakan di pejabat baru2 ini di penghujung Syawal dihidangkan dengan sejenis appetizer yg terkenal di Thailand iaitu Miang Kam. Di kebanyakan restoran2 Thai di Malaysia pun ada juga dihidangkan appetizer ni...First time makan terus terpikat sbb penyediaan nyer sangat simple dan mmg sedap dimakan….kalau dah makan sekali sure nak lagi lepas tu….so kita pun terus ambik le resepi dari ofismate yg sediakan hidangan ni and try sendiri kat umah…….
    Miang Kam ready to serve as appetizer
    Resepi Miang Kam
    Bahan A
    Daun kaduk 

    Bawang merah (dipotong halus/dadu)

    Halia Muda (dipotong dadu size kecik)
    Cili Padi (dipotong kecil)
    Limau nipis (dipotong kecik2 n mcm dadu)
    Udang kering (direndam air panas dahulu and toskan)
    Kacang tanah goreng (dibuang kulit nyer)

    Kelapa goreng (goreng sehingga perang and ranggup)

    Cili padi jangan dilupakan...kalau tak ada tak ummmphhhhh

    Bahan untuk penyediaan sos:

    Bahan B
    3 sudu udang kering
    4-5 sudu besar gula merah/melaka
    1 sudu kelapa goreng


    NOTE : Sekiranya anda tak cukup masa nak sediakan sos ni…..boleh jugak guna madu saja sebagai sos. Itu pesan kawan saya..he..he

    Cara Penyediaan Sos:
    Didihkan gula merah di atas api dan masukkan sedikit air. Bila dah cair angkat and tapiskan. Kemudian taburkan udang kering yg telah ditumbuk dan kelapa goreng yg ditumbuk. Kacau sehingga pekat di atas api. Angkat dan sejukkan seketika.

    Isikan setiap bahan A dalam daun kaduk dan masukkan sedikit sos di atas ramuan tadi, kemudian digulung dan dilipat dan sedia untuk dimakan/dikunyah…..macam makan sirih tu…..kunyah jangan tak kunyah…..daun kaduk ni banyak khasiat tau…

    Cara melipat daun kaduk with ramuan 

    lipat dan terus masuk mulut dan kunyah macam sirih tu...nyam-nyam
    Sedikit info tentang khasiat daun kaduk

    Daun Kaduk seakan2 daun sirih....
    Secara tradisionalnya, kaduk atau nama saintifiknya, Piper Sarmentosum. digunakan untuk merawat malaria, sakit pada belakang badan, otot serta sendi, masalah kecacingan dan sakit gigi” – sumber dari Wikipedia
    Air yang direbus dengan akar pokok kaduk dapat melawaskan kencing. Daunnya pula mujarab untuk merawat demam malaria dengan cara meminum air rebusannya. Air rebusan itu juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selesema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang. Daunnya yang ditumbuk pula boleh dijadikan ubat panau dengan cara menambal pada bahagian panau itu – sumber dari website.
    bunga kaduk warna putih dan kecik
    rimbunan pepohon kaduk ditanam di halaman rumah jiran ku...
    Kaduk ialah sejenis tanaman yang banyak digunakan sebagai perisa dalam masakan melayu seperti masak lemak terutamanya masak lemak udang dan ketam. Kaduk sedap dijadikan ulam jika direbus dan dicecah dengan sambal belacan. Ia mudah ditanam dan hidup subur terutamanya di kawasan-kawasan yang lembap dan hidup liar. Daun kaduk lembut berbentuk bujur bulat, nipis, berwarna hijau tua, berkilat dan berselang-seli manakala bunganya banyak, padat, sangat kecil dan tersusun rapat. Ia adalah tumbuhan jenis memanjat yang sesuai hidup dikawasan beriklim panas seperti tropika. Kaduk hidup meliar terutama di kawasan teduh, lembap atau di bawah sudur pokok lain manakala penanamannya menggunakan kaedah keratan batang. Daun kaduk ialah sumber yang baik untuk aktioksidan semulajadi kerana kaya dengan vitamin dan mineral. info from website.

0 comments:

Post a Comment

First Come First Serve

get this widget here

My Followers

Visitors

Lilypie Angel and Memorial tickers