• Rindu mengamit lagi...

    Assalammualaikum w.b.t.

    Dah lama tak update N3.....kali ni berkesempatan bercuti nun jauh di Utara......so boleh le citer sikit-sikit apa yg special sgt kat Utara ni...

    Mai pekena Laksa Teluk Kechai
    Jauh berjalan luas pandangan…kenyang makan teruskan perjalanan…sempat pekena laksa teluk kechai and pulut sambal sebelum sampai ke kampung halaman time cuti sekolah kali ni…Special nyer laksa teluk kechai ni sbb letak sambal kelapa yg berwarna merah kekuning2an tu. Laksa nya pulak laksa beras.  Kuahnya cair le compared with laksa utara yg biasa kita buat.

    Laksa Teluk Kechai

    Pulut Sambal Inti Ikan

    Pulut Sambal
    Tak sah if tak singgah makan laksa n pulut sambal kat sini…kira destinasi yg patut dikunjungi if g Kuala Kedah…Kedai ni terletak di Jalan Kuala Kedah. Kat situ ada 2 deretan rumah yang dijadikan kedai laksa.  Boleh beli by kilo…if tak silap 1 kilo RM12 complete set. Dulu-dulu masa study area berhampiran, rajin juga mai sini pekena laksa….La ni asal aje lalu Jalan Kuala Kedah ni…sure nak singgah jugak makan laksa dan pulut sambal.
    Ole-ole from Pekan Rabu for my officemate n neighbours selalu dibeli di sini. Jom kita terjah apa ada kat Pekan Rabu ni….
    Komplek Pekan Rabu.
    Sekarang ni dah ada escalator, so tak payah susah2 lagi nak panjat tangga batu...gayat. Senang la mak cik2 nak g Pekan Rabu…banyak prasarana dah dibaik pulih untuk kemudahan orang awam. Dekat ngan escalator tu ada pak cik jual buah berangan. Lupa plak nak ambik gambar gerai buah berangan tu….we all selalu beli buah berangan kat pak cik tu….1 kilo RM30. Selalu beli 1/2 kilo aje……cukup le buat kunyah2 dlm kete…boleh berangan panjanggggggggg…he..he



    Ishhhh..macam2 ada kat Pekan Rabu ni….semua nak beli….tapi kena ingat bonet kete gak….cukup ke nak sumbat nanti? …..keropok, kerepek, kuah rojak, serunding, pekasam berbagai jenis ikan, puyu, sepat,haruan..harga berlainan le, Ikan talang kering….pendek kata “semua ada”….dari makanan basah hingga barangan kering..termasuk le pakaian dsb nye.
    Tu dia...ikan talang masin n pekasam...
    Pekasam puyu, sepat...

    Sudut kerepek2..

    Pakaian dan kelengkapan lain....


0 comments:

Post a Comment

First Come First Serve

get this widget here

My Followers

Visitors

Lilypie Angel and Memorial tickers